Academic
Publications
Kesan Ekstrak Akuas Lunasia amara Blanco Terhadap Kualiti Sperma, Kesuburan dan Kelakuan Seksual Tikus Jantan (Effects of Aqueous Extract Lunasia amara Blanco on Sperm Quality, Fertility and Sexual Behaviour of Male Rats)

Kesan Ekstrak Akuas Lunasia amara Blanco Terhadap Kualiti Sperma, Kesuburan dan Kelakuan Seksual Tikus Jantan (Effects of Aqueous Extract Lunasia amar

Kesan Ekstrak Akuas Lunasia amara Blanco Terhadap Kualiti Sperma, Kesuburan dan Kelakuan Seksual Tikus Jantan (Effects of Aqueous Extract Lunasia amara Blanco on Sperm Quality, Fertility and Sexual Behaviour of Male Rats)  
BibTex | RIS | RefWorks Download
ABSTRAK Sanrego (Lunasia amara Blanco) digunakan masyarakat tempatan di Indonesia sebagai bahan afrodisiak dan mampu mengatasi masalah kesuburan lelaki. Penyelidikan ini mengkaji kesan pengambilan ekstrak akuas sanrego pada dos 30, 60 dan 90 mg/kg berat badan masing-masing terhadap bilangan, motiliti dan morfologi sperma serta tahap kesuburan dan afrodisiak tikus jantan. Kumpulan kawalan diberikan air suling. Semua perlakuan diberikan secara suap-paksa sekali sehari pada pukul 10.00 pagi-11.00 pagi selama 42 hari diikuti dengan analisis sperma dan ujian tahap kesuburan. Analisis sperma menunjukkan bahawa sanrego mempunyai kesan peningkatan bilangan sperma dengan gred motiliti terbaik (gred a) dengan signifikan tanpa mempengaruhi morfologi sperma. Pengujian tahap kesuburan menunjukkan peningkatan pada kumpulan haiwan perlakuan. Jumlah bilangan pemanjatan tikus jantan dengan perlakuan sanrego juga lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Kajian ini mendapati tumbuhan sanrego berpotensi meninggikan kesuburan dan mempunyai kesan afrodisiak pada haiwan jantan. Kata kunci: Afrodisiak; analisis sperma; kesuburan; Lunasia amara ABSTRACT Sanrego (Lunasia amara Blanco) has been used in the folk medicine in Indonesia as aphrodisiac agent and to treat male fertility problem. This research studied the effects of oral administration of aqueous extract of sanrego at the doses of 30, 60 and 90 mg/kg body weight respectively on the sperm count, motility, morphology, fertility and its aphrodisiac property in male rats. Control group was administered with distilled water. Administration was given by oral gavaging between 10.00 am to 11.00 am daily for a period of 42 days followed by sperm analysis and fertility test. The sperm analysis showed that the sanrego significantly increase the sperm count with the best grade in motility (grade a) without affecting the sperm morphology. The fertility rate was also increased in treated animals. The number of mounting in male rats treated with sanrego was higher than that in control. This study shows the potential of sanrego to increase male fertility and has aphrodisiac property.
Cumulative Annual
View Publication
The following links allow you to view full publications. These links are maintained by other sources not affiliated with Microsoft Academic Search.