Academic
Publications
Sintesis Nanozarah Magnet Ferum (III) Oksida dengan Kaedah Acuan Mikroemulsi (Synthesis of Magnetic Nanoparticles of Ferum (III) Oxide by using Microemulsion System as Template)

Sintesis Nanozarah Magnet Ferum (III) Oksida dengan Kaedah Acuan Mikroemulsi (Synthesis of Magnetic Nanoparticles of Ferum (III) Oxide by using Microe

Sintesis Nanozarah Magnet Ferum (III) Oksida dengan Kaedah Acuan Mikroemulsi (Synthesis of Magnetic Nanoparticles of Ferum (III) Oxide by using Microemulsion System as Template)  
BibTex | RIS | RefWorks Download
ABSTRAK Sintesis nanozarah magnet ferum oksida secara acuan mikroemulsi dijalankan dalam kajian ini. Sistem mikroemulsi yang terdiri daripada ester sukrosa (SE1670S sebagai surfaktan), heptanol (sebagai ko-surfaktan), larutan akueus hidrazina hidrat (kepekatan yang berlainan) dan FeCl3.6H2O (0.5 M) disediakan. Setelah campuran tersebut dihomogenkan, kation Fe3+ akan diturunkan oleh hidrazina hidrat menjadi mendakan ferum dan pertumbuhan nanozarah ini dikawal oleh mikroemulsi yang bertindak sebagai acuan tindakbalas. Nanozarah ferum kemudian dipanaskan pada suhu tinggi untuk membentuk ferum oksida. Pencirian secara kualitatif dan kuantitatif dilakukan melalui teknik mikroskopi elektron transmisi (TEM), analisis penyebaran tenaga sinar-X (EDAX) dan kajian magnetometer (VSM). Menurut mikrograf TEM, nanozarah ferum oksida ini mempamerkan morfologi yang berlainan apabila kepekatan hidrazina hidrat diubah. Analisis penyebaran tenaga sinar-X menunjukkan bahawa nisbah Fe kepada O ialah 1.48. Ini menunjukkan bahawa ia sepadan dengan formula empirik Fe2O3. Lengkung histerisis yang diperolehi melalui kajian magnetometer (VSM) mempamerkan ciri ferimagnet dengan nilai pemagnetan tepu 0.3 emu/g pada 300K. Kata kekunci: nanozarah magnet, ferum (III) oksida, mikroemulsi, acuan, ester sukrosa ABSTRACT Synthesis of magnetic nanoparticles iron oxide was conducted using the single microemulsion method. The microemulsion system consists of sucrose ester (SE1670S as the surfactant), heptanol (as co-surfactant), aqueous hydrazine hydrate (different concentration) and FeCl3.6H2O was prepared. After the solutions have been homogenized, cations Fe3+ were reduced to precipitation of iron nanoparticles and this growing process was controlled by microemulsion which acts as template for chemical reaction. Iron nanoparticles were calcined at high temperature in order to form the iron oxide nanomaterials. The characterization technique includes transmission electron microscopy (TEM), energy dispersive X-ray analysis (EDAX) and vibrating sample magnetometer (VSM). From TEM micrograph iron oxide with different morphology was produced corresponding to difference concentration of hydrazine hydrate. From the spectrum of EDAX, the empirical formula of iron oxide was 1.48 (almost equal to value of empiric formula of Fe2O3). Also, the hysterisis loop obtained from magnetometer (VSM) show that sample posses ferrimagnetic property with saturation magnetization 0.3 emu/g at 300K.
Cumulative Annual
View Publication
The following links allow you to view full publications. These links are maintained by other sources not affiliated with Microsoft Academic Search.