Academic
Publications
HUBUNGAN ANTARA CIRI PERSONALITI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK

HUBUNGAN ANTARA CIRI PERSONALITI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK,Rosini Abu,Aida Suraya,Wan Zah Wan Ali

HUBUNGAN ANTARA CIRI PERSONALITI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK  
BibTex | RIS | RefWorks Download
ABSTRAK Kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam mahupun institusi pengajian tinggi swasta buat masa ini lebih berdasarkan kepada merit pencapaian akademik di peringkat matrikulasi dan sijil tinggi persekolahan. Ini adalah kerana kita beranggapan calon yang berpencapaian tinggi di peringkat tersebut mampu untuk berjaya di universiti. Walaupun ada kajian (Fagan & Squitera, 2002; Ackerman & Heggested, 1997) yang menunjukkan bahawa faktor personaliti juga boleh mempengaruhi pencapaian pelajar, faktor ini jarang diberi pertimbangan sebagai satu kelayakan atau keperluan tambahan kepada pencapaian akademik untuk memasuki institusi pengajian tinggi. Satu kajian yang mengaitkan ciri personaliti dan pencapaian telah dijalankan di UPM. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara ciri personaliti dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar UPM. Dalam kajian ini ciri personaliti di wakili dengan 7 dimensi iaitu, motivasi, keyakinan, konsep kendiri, perhubungan dengan orang lain, kebimbangan, fokus dan emosi. Sejumlah 135 orang pelajar dari pelbagai program dan tahun terlibat dalam kajian ini. Data dikumpul menggunakan satu soal selidik dan dianalisis secara diskriptif dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan terdapat hubungan yang positif dan signifikan tetapi rendah, (r = 0.292) antara personaliti dengan pencapaian. Dimensi motivasi, konsep kendiri, kebimbangan dan fokus menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan tetapi rendah dengan pencapaian. Ini menunjukkan dimensi-dimensi ini boleh menjadi penentu kepada pencapaian pelajar di UPM dan mungkin perlu diberi perhatian sebagai kelayakan tambahan dalam memilih calon ke IPTA.
Cumulative Annual
View Publication
The following links allow you to view full publications. These links are maintained by other sources not affiliated with Microsoft Academic Search.